Coretan Hati Mama

Sabtu, 13 Julai 2013

HUBUNGAN SUAMI ISTER DI AKHIRAT KELAK..

Hubungan Suami Isteri di Akhirat Kelak


Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. ... Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'
Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim 

 

RAMADHAN PERTAMA TANPAMU ......ABG....

Ramadhan yang pertama saya lalui tanpa abg......sedangkan tahun2 yang saya lalui sebelum ini adalah sentiasa disisimu...sentiasa dekat denganmu.Malam pertama ramadhan,si abang dan angah sibuk nak pegi solat tarawih,hati terus teringatkan papanya yang akan bersemangat untuk tarawikh setiap kali ramadhan...sebab tu papa suka berbuka rumah nenek(ibunya) sebab dekat dengan masjid.....saya akan tunggu abang siap tarawikh sambil melayani kerenah anak dan kita pulang ke rumah kita....... rindu untuk menyediakan baju melayu abang untuk tarawikh..

Tahun ini,cukup berbeza ramadhan yang saya lalui...siapa nak bawa anak2 ke masjid untuk tarawikh, setiap kali ke pasar ramadhan...sayu teringatkan juadah kegemaran,air yg berbagai jenis...tahun2 yang lalu kita sama2 membeli,memilih juadah,tahun ini anak2 yang meneman saya....rindu padamu sayang...

Waktu bersahur,saya rasa lain..rindu nak kejutkan abang..buatkan air....tapi anak2 adalah gantinya..nak didik mereka bersahur dan berpuasa...kalau ada papanya mesti seronok....angah dah belajar berpuasa,walaupun agak banyak persoalan(setiap jam tanya bila nak berbuka),si abang pulak lebih cool n steady...walaupun bersahur dengan air sahaja...nampak kematangannya...Alhamdulillah.Allah permudahkan..Terima Kasih Allah...
Terima Kasih semua...syukur walaupun ada kekurangan berpuuasa tanpa abang..keluarga abang byk membantu..dan keluarga saya..juga rakan2 dan orang sekeliling.....tidak terlalu sunyi melalui hari tanpa mu sayang...akan ku iring doa buatmu...akan kukenang kenangan lalu ku bersama mu....Ya Allah,bantula hambamu....terimala doaku buatya..insan yang sentiasa dihati ini..Allahyarham Fairuz Izzuan..nama mu dihati.....