Coretan Hati Mama

Khamis, 3 Oktober 2013

Definisi Bahagia...

MENCARI KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI


"Ada yang berpendapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah.  Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit. Tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya. Kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..."

Pernahkah kita bertanya dengan diri kita, adakah kita ini antara orang yg bahagia? Mungkin ada di antara kita pada ketika ini memiliki harta yang melimpah ruah, tetapi tidak merasa bahagia. Ada pula yang memiliki kemasyhuran dan kedudukan yang tinggi, namun tidak pernah merasa bahagia. 

Kalau begitu, ternyata ukuran bahagia itu tidak terletak pada banyaknya harta, bukannya pada jawatan dan kedudukan, bukan juga pada ketokohan seseorang dan juga bukan dgn peluang melancong ke merata tempat. Lalu, di manakah kebahagiaan itu, dan bagaimana pula kita dapat mengecapinya?

Allah SWT berfirman:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki2 mahupun perempuan dlm keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kpdnya kehidupan yg baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kpd mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (Q.S.An-Nahl (16) : 97)

Telah jelas dan tegas penjelasan Allah SWT pd surah An-Nahl ayat 97 ini bahawa satu2nya cara memperoleh kebahagiaan atau kehidupan yg baik itu adalah dgn mengerjakan amal2 soleh; iaitu taat pada suruhanNya dan menjalankan segala perintah serta laranganNya.

Inilah konsep kebahagiaan yg hakiki; iaitu tujuan hidup kita di dunia ini, baik dalam belajar, bekerja, ataupun berusaha, hanya satu saja MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan