Coretan Hati Mama

Selasa, 26 November 2013

Hari Bersejarah buat kita.

Tarikh ini....tarikh yang kita pilih beberapa tahun yang lalu,dan tarikh ini 27 November...setiap tahun sejak 27 November 2005,adalah tarikh penting buat kita..saya dan dia serta keluarga kami. Kami disatukan,diaraikan oleh sanak saudara serta rakan taulan,bersatunya hati yang menjalin cinta,kasih dan sayang..betapa bahagi saat itu,gembiranya saat kekasih hati menjadi satu ikatan suci..sebuah ikatan perkahwinan yang diimpikan...

Ketika menggambarkan saat itu...seakan terbayang detik itu...gelak tawa,usik mengusik dan segalanya....kebahagian di doakan...dikurniakan zuriat dan kekal ke akhir hayat...tetapi setiap insan mengharapkan mahligai yang dibina akan hingga ke akhirnya. Tiada siapa menduga hari yang cerah akan hujan akhirnya.....tetapi percayalah...Allah akan kuniakan pelangi yang indah di petangnya....

Bagai dihiris hati untuk mengingati saat itu..kerana tahun lalu abang masih disisi..masih menyokong setiap langkahku...masih ceria pada tarikh ini,pada tahun lalu...tak sangka kita sudah lalui kira-kira 7 tahun hidup bersama dengan kehadiran dua putera serta satu puteri yang sangat abang sayangi....dan kehadiran si puteri yang kita nantikan adalah saat yang sangat bahagia buat kita setelah mahligai kita hanya dihiasi dua putera itu...

Ya Allah...jaga dia untukku,disaat dia tidak dapat ku tatap dan ku jaga...ampunkan dosanya,tempatkan dia dikalangan kekasihmu....sepatutnya hari ini adalah hari ke 8 tahun kami hidup bersama...berpisah kami kerana kehendak Ilahi..Insyaallah dengan izin mu kami akan dipertemukan kembali,bertemu hanya dalam mimpi sudah cukup menghilang rindu dan resah ini...

Rindukan dirimu syg...Insan yang saya sayang......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan